Pages

Tuesday, July 23, 2013

Mati Dikelar Lepas Balik Sekolah

pelajar1TAIPING – Selepas seharian hilang dari rumah, seorang pelajar tingkatan dua ditemui dalam keadaan tidak bernyawa

di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, semalam.

Mangsa dikenali sebagai M Nathaniel, 14 telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 7.50 pagi.

mangsa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klian Pauh dan dikatakan hilang selepas pulang dari sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika dia bersembang dengan sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik sahaja turun dari bas sekolah.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilihat mengikuti kumpulan pemuda bermotosikal itu dan terus tidak pulang ke rumah selepas itu.

keluarga mangsa telah cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah mereka dan selepas mangsa gagal ditemui, mereka (keluarga mangsa) telah membuat laporan polis.

“Mayat mangsa ditemui dalam kawasan belukar di belakang bangunan baru Taman Mewah dan maklumat berkenaan penemuan mayat itu di terima daripada orang awam.

“Siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Taman Palma, Kamunting mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dikelar menggunakan benda tajam.

mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam kawasan belukar berkenaan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...