Pages

Friday, July 26, 2013

Mahkamah Batal Sijil Tukar Agama Islam

Hindu-parent-M.-Indira-Gandhi-centre-is-embroiled-in-a-bid-similar-to-Shamala’sIPOH –  Dalam keputusan penting hari ini, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama tiga orang kanak-kanak yang di bawah umur

– anak kepada M Indira Gandhi. Bapa mereka telah menukar agama mereka kepada Islam tanpa pengetahuan Indira.

Hakim Lee Swee Seng memutuskan bahawa kanak-kanak tersebut tidak bertukar agama kerana mereka tidak mengucap dua kalimah syahadah.

Hakim juga memutuskan bahawa cubaan menukar agama itu bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita.

Ketika membaca penghakimannya selama satu jam 40 minit, Hakim Lee menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermakna kemenangan bagi sesiapa pun, tetapi “kita perlu belajar untuk hidup dalam suasana harmoni”.

MP Ipoh Barat M Kulasegaran, yang mewakili Indira dan anak-anaknya, menyuarakan kegembiraannya dengan keputusan itu melalui twitter.

Seorang lagi peguam Indira dalam kes tersebut ialah K Shanmuga.

Tiga anak Indira itu telah ditukar agama kepada Islam pada April 2009 oleh suaminya, Mohd Riduan Abdullah, tanpa pengetahuan beliau.

Beliau memfailkan kes sivil terhadap pengarah Jabatan Jabatan Agama Perak, kerajaan negeri dan persekutuan, Kementerian Pelajaran dan suaminya K Patmanathan (kini dikenali sebagai Riduan).

Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, yang kini masing-masing berusia 16 tahun dan lima tahun, dan seorang anak lelaki berusia 15 tahun.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...