Pages

Monday, July 1, 2013

Bayi DiRaja Britain’ Bakal Disambut Meriah?

Kate-565x538Apabila disebut tentang pengalaman mengandung, pastinya ada antara kita sama ada telah merasainya atau hanya mendengar dari mulut orang lain.

Ada yang mengatakan mengandung adalah sesuatu yang menakutkan, pelik dan meletihkan.

Tetapi tidak bagi Duchess of Cambridge, Kate Middleton.

Menurut Kat, pengalaman mengandung adalah sangat menarik dan mengujakan.

Nampaknya media seluruh dunia kini tertumpu kepada Kate sepanjang tempoh kehamilan beliau.

Perhatian media antarabangsa bermula apabila Kate dimasukkan ke hospital kerana menunjukkan simptom alahan dan muntah.

Namun, Kate menghadapi segalanya dengan tabah.

Malah, menurut sumber US Weekly, Kate tidak merasakan ia satu beban malah dia selesa dengan keadaan tersebut.

“Kate melihat mengandung adalah sesuatu yang sangat menarik.

“Dia (Kate) turut berkata, “Saya masih tak percaya” apabila kami berkata tentang bayi dalam perutnya,” jelas sumber yang dipercayai rakan baik Kate.

Percayalah Kate. Bayi tersebut bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Menurut laporan, tarikh kelahiran tersebut mungkin bakal berlaku pada awal minggu ini.

Ramai yang menjangkakan tarikh kelahiran tersebut bakal berlangsung pada 4 Julai ini.

Bukan itu sahaja, ‘Bayi DiRaja’ itu akan disambut dengan penuh gilang gemilang diiringi percikan bunga api.

Anak yang dilahirkan Kate itu nanti bakal menjadi pewaris ketiga untuk takhta diraja selepas Putera Charles dan William sendiri.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...