Pages

Saturday, July 6, 2013

Bapa Paling Tua Di Dunia Kehilangan Anak

Ramjeet-Ragav-97-565x385India – Ramjeet Ragav, 97, menjadi sensasi media pada 2010 selepas dia mendapat gelaran bapa paling tua di dunia kerana

masih mampu mendapat anak pada usia 94 tahun bersama isterinya, Shakuntala, yang ketika itu berusia 57 tahun.

Pada bulan Oktober tahun lepas, Ragav sekali lagi menjadi tumpuan setelah dia mendapat seorang lagi anak, Ranjeet yang kini berusia sembilan bulan.

Namun tragedi melanda Ragav apabila anak sulongnya. Vikramjeet,, yang berusia tiga tahun telah hilang sejak 55 hari lalu, dipercayai diculik.

Kejadian berlaku ketika itu, Shakuntala membawa Vikramjeet ke hospital kerana budak itu demam.

Namun akibat keletihan selepas menaiki bas sejauh 30 kilometer, wanita itu tertidur selama 15 minit di sebuah kerusi di terminal bas bersama anaknya itu.

Bagaimanapun selepas tersedar daripada tidur, Shakuntala terkejut apabila menyedari anaknya telah hilang.

Dia meraung memanggil nama anaknya itu dan mencarinya di merata tempat dengan bantuan orang ramai , namun Vikramjeet gagal ditemui.

Shakuntala akhirnya pulang ke rumah sambil menangis dan memaklumkan kepada suaminya, Ragav.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis, namun hingga kini, Vikramjeet masih belum dapat dikesan.

Menurut Ragav, setiap hari mereka mencari Vikramjee, namun gagal menemuinya.
“Dia anak sulong saya. Saya tidak tahu kenapa dan bagaimana dia hilang,’’ katanya.

Ragav yang bekerja sebagai peladang dengan gaji sebanyak £35 seminggu itu berkata, dia tidak akan berhenti mencari sehingga mereka menemui semula Vikramjeet.

“Saya sangat bimbang. Kami tidak boleh makan atau tidur dan tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Kami amat takut,’

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...