Pages

Wednesday, June 19, 2013

VIDEO: DETIK-DETIK KEMALANGAN PAYUNG TERJUN YANG MEMBABITKAN ANGOTA POLIS


TAIPING – Seorang anggota polis dari ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disahkan mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ketika melakukan latihan payung terjun
, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Koperal Mohd Fauzi Rasid, 46, cedera parah dan patah kedua-dua belah peha.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa ketika ini sedang bertugas di Cawangan D7, IPD Petaling Jaya dikatakan sedang mengikuti latihan payung terjun pada 15 Jun lalu.
Menurutnya, mangsa dikatakan terjatuh semasa menjalani latihan iaitu kira-kira jam 9.30 pagi di kawasan Lapangan Terbang Tekkah dekat sini.
“Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut dan selepas itu ditahan di Wad 18.
“Namun difahamkan mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pantai Ipoh untuk rawatan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Dalam pada itu, Yusuf berkata, mangsa juga adalah salah seorang ahli Kelab Penerbangan Awam dan ketika itu sedang menjalani latihan yang dianjurkan kelab berkenaan.
Sinar Harian difahamkan mangsa kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh dan masih menjalani rawatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...