Pages

Thursday, June 6, 2013

Tradisi Pelik Tukar Pakaian Mayat Berusia Ratusan Tahun

2013-06-05_225427 - CopyAnda tahu berapa banyaknya suku yangada di Indonesia melahirkan banyak kebudayaan yang beraneka ragam dan unik…

Ni dia suku kaum Toraja adalah salah satu suku yang mempunyai adatunik dalam menghormati adat tradisi moyang mereka . Suku Toraja mempunyaiupacara peringatan kematian denganbayaran termahal dan terunik di Indonesia. Upacara pengebumian didaerah yang terkenal dengan tradisi ini boleh mencapai ratusan juta rupiah. Carapekuburannya pun cukup unik, dimanamayat dikuburkan di dinding bukit berbatu kerana di anggap syurga pada si mati..
Di Kabupaten Toraja Utara, Sulawesi Selatan, setiap 3 tahun sekali masyarakat yang bermukim disekitar pegunungan Sesean, menggelar proses adat mengganti pakaian mayat yang hampir reput yangdisemadikan di dalam keranda tempat pekuburan patane. Proses adat ini disebut Ma'nene.
Tradisi Ma'nene atau mengganti pakaian mayat sebutan masyarakat Toraja, diawali denganberkunjung ke lokasi pekuburan nenek moyang mereka yang dinamakan patane di Desa atau LembangPaton, Kecamatan Sariale, yang jaraknya berkisar 28 kilometer dari Rantepao, ibu kota KabupatenToraja Utara. Di Patene, mayat moyang mereka yang telah berumur beratus-ratus tahun tersimpandalam keadaan baik, kerana sebelumnya diberi bahan pengawet.
Proses Ma'nene dilakukan pihak keluarga dengan membersihkan mayat nenek moyang mereka yangtelah berusia beratus-ratus tahun, dengan membuka pakaian lama yang digunakan. Lalu seluruhbadan mayat dibersihkan dengan menggunakan berus. Selepas pembersihan  itu, mayat tersebut kemudian dipakaikan dengan pakaian baru. Bagi mayat lelaki memakai kot lengkap dengan kaca mata.
Sebelum membuka pintu keranda patane dan mengangkat keranda untuk di bersihkan, pawang yang menguruskan tradisi adat dengan sebutan Ne 'Tomina Lumba, terlebih dahulu membacakan doa dalamBahasa Toraja kuno, memohon izin kepada penjaga kubur agar masyarakat mendapat rahmatkeberkatan setiap musim tanam hingga tuaian berlimpah.
sumber
                                   jom layan foto-foto menarik di bawah ini;

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...