Pages

Friday, June 21, 2013

Tarikh Raja Azmi Tunang Dan Nikah

Raja-AzmiPengarah kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mendedahkan dia telah membuat perancangan untuk bertunang dengan kekasihnya,

Eddie, 45, yang merupakan bekas gitaris kumpulan rock 90-an CRK pada 15 Julai depan.

Sementara, majlis pernikahannya pula akan dilangsungkan pada 15 September nanti jika tiada sebarang aral melintang.

Raja Azmi yang merupakan janda anak tiga ini turut menceritakan bibit-bibit indah pertemuan dengan bakal suaminya itu kepada pihak media.

“Perkenalan kami bermula sejak Januari lalu apabila saya diperkenalkan kepada Eddie oleh anak saudara beliau yang juga jurulatih di gimnasium yang selalu saya pergi di Kota Damansara.

“Mulanya kami berdua hanya bersahabat namun lama-kelamaan terbit pula perasaan sayang kerana Eddie sangat mengambil berat mengenai diri saya dan mahu mendekati anak-anak saya. Kami juga selalu berbincang dan berkongsi masalah bersama-sama,” katanya.

Eddie merupakan seorang duda anak dua yang telah kematian isteri sejak enam tahun lalu dan hubungan mereka telah mendapat restu daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...