Pages

Saturday, June 22, 2013

TAHNIAH NAJWA LATIF KINI JADI DUTA UNITAR

najwa-latifPenyanyi lagu Cinta Muka Buku iaitu Najwa Latif menafikan dia menerima sejumlah bayaran daripada Universiti Antarabangsa UNITAR ekoran pelantikannya sebagai duta universit

i berkenaan. Najwa, 18, sebaliknya berkata, pelantikan itu hanya membolehkan dia menerima tajaan biasiswa penuh daripada universiti berkenaan untuknya melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.
“Saya tidak menerima sebarang bayaran untuk pelantikan saya sebagai duta UNITAR sebaliknya hanya menerima tajaan biasiswa penuh daripada pihak universiti bagi melanjutkan pelajaran,” katanya ketika dihubungi. Najwa bakal memulakan pengajiannya di universiti berkenaan pada Isnin depan di Bandar Sunway di sini. Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, sebelum dipilih menjadi duta universiti tersebut dia memang ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR dan menganggap pelantikannya itu sebagai satu rezeki.

Mengakui bakal menggalas tanggungjawab besar, Najwa bersedia untuk membantu pihak universiti mempromosikan jenama UNITAR di kalangan remaja sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran. “Alhamdulillah ia adalah rezeki untuk saya dan tanggungjawab ini besar dan saya akan pastikan kepercayaan diberikan itu akan dilaksanakan dengan baik. “Bagaimanapun buat masa ini masih belum ada apa-apa perancangan daripada pihak universiti dan mungkin ia akan bermula selepas pengajian bermula minggu hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia memilih bidang Pengurusan pada peringkat asasi kerana tertarik dengan beberapa subjek Bahasa Inggeris yang ditawarkan dalam kursus tersebut. Jelas Najwa, selepas tamat kursus asasi, dia mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan subjek dalam kursus pengurusan memudahkan dia membuat permohonan itu nanti. Sementara itu, Najwa berkata, dia teruja untuk memulakan sesi pembelajaran bermula Isnin ini dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...