Pages

Tuesday, June 18, 2013

Siti Saleha L3sbian

image1 (1)KEPELBAGAIAN  watak dalam lakonan tidak dinafikan mampu memberi impak yang positif terhadap karier seseorang anak seni yang bergelar pelakon.

Buat aktres cantik, Siti Saleha, dia bersetuju untuk memegang watak ‘lesbian’ dalam filem terbaru berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz adalah disebabkan untuk mencabar diri sendiri dalam menjayakan watak tersebut.

“Untuk menjadi pelakon yang lebih versatil, saya mahu cuba lakukan pelbagai watak supaya mutu lakonan saya dapat ditingkatkan. Lagi pun ini peluang baik untuk saya buktikan bakat lakonan saya kerana watak seperti ini memang jarang ada.

“Mungkin watak ini bakal menimbulkan isu tapi saya tidak kisah dan bagi saya inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon,” jelasnya.

Saleha memberitahu, dia bakal menjalani penggambaran filem itu bermula pada 20 Mei ini dan memberitahu pasangan lesbian dalam filem itu akan dilakonkan oleh pelakon Marsha Milan Londoh.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...