Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak pernah menganggap bekas kekasihnya, sebagai musuh
. Malah, dia mengakui sudah tidak menyimpan rasa dendam terhadap penyanyi muda itu.
Sebaliknya, Sharnaaz Ahmad berkata dia kini lebih senang menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai pelakon.
"Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi."
"Buat masa ini kami tidak berhubung, bagaimanapun saya tidak pernah angap dia sebagai musuh", katanya selepas pelancaran filem Sindiket di Restoran Rebung, petang semalam.
Sharnaaz turut memberitahu dia bersyukur selepas kontroversi tersebut rezekinya sebagai pelakon kian melimpah ruah.
"Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu," jelasnya lagi.
Dalam filem sindiket arahan Bade Hj Azmi ini, Sharnaaz memainkan watak sebagai Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memperdagangkan manusia.
Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci.
No comments:
Post a Comment