Pages

Tuesday, June 18, 2013

Rezeki: Pari Terdampar Di Gaza

27 Feb 2013: Adalah menjadi satu misteri  dengan kemunculan sekitar 220 ekor pari manta yang telah terdampar di pantai di Bandar Gaza.
Tidaklah diketahui dengan tepat mengapa ikan pari tersebut mati terdampar di situ. Namun begitu ia merupakan rahmat kepada nelayan-nelayan tempatan. Kesempatan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya dengan membawa ikan-ikan tersebut ke pasar.


 Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, seorang nelayan memberitahu saluran berita tempatan bahawa ia adalah kali pertama mereka telah melihat ikan pari tersebut di pantai dalam tempoh enam tahun.
  

Kami selalunya mendapatkan pari tersebut  dari Mesir dan membawa mereka melalui terowong, yang sukar kerana kami terpaksa memotong ikan tersebut kepada 2 bahagian dan ia adalah sangat mahal. Tetapi hari ini Allah menyediakan mereka untuk kita di sini."

Beliau menambah lagi : "Semalam, 220 ikan terdampar di pantai Gaza, dan Insya-Allah akan ada lagi esok.

"Ia dijual di pasaran dengan nilai enam atau tujuh shekel (£ 1) sekilogram. Miskin mahupun kaya akan menikmatinya dan kita memasak dengan beras dan tomato."
Pari Manta adalah salah satu ikan terbesar,  Ia mampu membesar mencapai sehingga 23kaki, dan boleh ditemui di perairan sederhana, subtropika dan tropika di seluruh lautan di dunia.

p/s: Inilah dikatakan rahmat dari Allah yang maha pemurah. Apa sahaja boleh berlaku sekiranya diizinkannya. Sebagai hamba hendaklah kita senantiasa berdoa memohon kebaikan darinya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...