Pages

Sunday, June 9, 2013

Rezeki’ anak dalam kereta

xpix_gal1.pagespeed.ic.ytJy5LB6z6Georgetown: “Pada mulanya saya tak percaya mayat yang dilihat dalam runtuhan itu abang saya.

Keadaannya teruk dan menyayat hati, namun selepas melihat kad pengenalan yang diambil dari poket seluarnya, hati saya luluh sebelum tiba-tiba pengsan selepas mendapati dia abang saya,” kata Laldin Zainal Abidin, 39, adik kepada Tajuddin, 45, yang maut dalam kejadian runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang, petang Khamis lalu.Laldin yang juga adik bongsu daripada tiga beradik itu berkata, ketika mahu membuat pengecaman mayat, hatinya berdebar-debar, namun reda dengan apa yang akan berlaku. Katanya, ketika dibawa masuk ke dalam runtuhan itu mayat abangnya yang dipanggil ‘Abang Ti’ rapat dengan papan pemuka kereta Kelisa yang sudah remuk.

“Sukar saya gambarkan keadaan abang Ti ketika itu. Mayatnya teruk dan menyayat hati dan lebih menyedihkan, saya turut menemui makanan yang dibeli untuk anaknya di dalam kereta,” katanya ditemui selepas tersedar dari pengsan dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...