Pages

Wednesday, June 12, 2013

Peristiwa Kiamat - Dikisahkan Dalam Surah Al-Waqiah

peristiwa-kiamatDengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Semoga informasi ini memberikan keinsafan untuk diri saya dan juga pembaca. Surah Al-Waaqiah atau dalam bahasa melayunya yang menyentuh perihal peristiwa kiamat, surah ini telah diturunkan di Makkah dan mengandungi sebanyak 96 ayat. Sila rujuk disini untuk terjemahan surah http://www.alquran-melayu.com/56-al-waqiah/

Apabila peristiwa (kiamat) telah terjadi, maka tiada seorang pun yang mendustakan kejadiannya, ketika itu ada orang yang rendah hina, kafir dan ada yang tinggi mulia, mukmin. apabila bergoncang bumi dengan sesungguh-sungguh goncangan. dan hancur gunung-gunung dengan sehancur-hancurnya, sehingga ia menjadi debu yang berterbangan dan ketika itu kamu ada tiga puak. (dan begitulah ayat seterusnya terjemahan ayat 1-7).

Gambaran Peristwa Kiamat 1

Apa yang nak dikaitkan pada ayat 7-12 ialah, didalam ayat-ayat ini, jelaslah bahawa manusia di kampung akhirat ada tiga jenis:

  1. Golongan kanan : iaitu orang-orang yang bakal ditunjukkan buku amalannya dari sebelah kanan. mereka ialah orang-orang mukmin, baik umat yang dahulu atau umat sekarang.
  2. Golongan kiri : iaitu orang-orang yang bakal ditunjukkan buku amalannya dari sebelah kiri, mereka ialah orang-orang kafir. bukti golongan kiri ini dapat dilihat dan dirujuk pada ayat 41 -48 dalam surah al-waaqi’ah ini.
  3. Orang-orang muqarrabin : iaitu orang-orang yang terdahulu sekali beriman kepada Allah s.w.t seperti nabi-nabi terdahulu dan nabi kita Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang mula-mula beriman kepadanya iaitu ketika orang-orang kafir mempermain-mainkan dan menganiayai baginda s.a.w. bukti keterangan pada ayat 10-26 dalam surah al-waaqi’ah, dan ini adalah pembahagian besar sahaja. Selain dari itu, mereka mempunyai darjat yang tinggi, rendah dan kelebihan yang lebih kurang, menurut amalan mereka masing-masing.

Kemusnahan Hari Kiamat


Pada keterangan ayat 57-73 pada surah ini, Allah berfirman: Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan hari berbangkit, pada hal yang demikian itu mengulangi kejadian kamu? anak yang didalam rahim ibu, kamukah yang menjadikannya atau Kami, mengapa kamu tidak dapat melahirkan anak mengikut kehendakmu? kami tentukan kadar umur kamu, dapatkah kamu memanjangkannya? biji benih yang kamu tanam itu, kamukah menumbuhkannya atau Kami? jika Kami jadikan tanaman itu layu dan kering sehingga tiada buahnya, dapatkah kamu mengadakan buahnya? air yang kamu minum, kamukah yang menurunkannya dari langit atau Kami? Jika kami jadikan air itu masin, dapatkah kamu menawarkannya? Api yang kamu hidupkan dengan kayu, kamu yang menjadikan kayunya atau Kami? semua itu tiada jawapannya melainkan mengakui Allah s.w.t. yag menjadikan semua itu. Tetapi meskipun begitu, ada juga orang yang ingkar akan adanya Allah s.w.t.
Keterangan ayat 77-79, menurut tafsir setengah ulama’, bahawa mushaf Al-Quran tidak boleh disentuh, melainkan orang-orang yang berwuduk. Sebab itu, haram menyentuh al-quran jika tiada wuduk. Adapun menyentuh al-quran bercampur tafsir, seperti al-quran karim ini, maka tidak haram kerana ia bukan al-quran, malah tafsir al-quran. Kata setengah ulama, bahawa yang dimaksudkan dengan kitab yang terjaga itu bukan (mushaf) al-quran ini, melainkan kitab-kitab Lauh Mahfuz di alam ghaib.

Gambaran Bencana Peristwa Kiamat

Adapun al-Quran ini, pada mula-mulanya di Lauh Mahfuz, maka diturunkan Allah swt melalui Jibril a.s kepada nabi Muhammad s.a.w. Maka ketika al-quran ini di Lauh Mahfuz, tiada yang menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci iaitu Malaikat, sedangkan manusia dan syaitan tidak dapat menyentuhnya. Jadi, mushaf tidaklah terlarang menyentuhnya dengan tiada berwuduk kerana ia bukan tujuan ayat tersebut. Disana ada lagi tafsir yang lain, iaitu: Tiada yang menyentuh (menurut dan menerima kebenaran) Al-Quran, melainkan orang-orang yang menyucikan hati dan fikirannya dari pengaruh luar.

Illustrasi gambaran peristiwa kiamat

Maka orang-orang yang hendak mencari kebenaran, mestilah dia menghilangkan pengaruh adat kebiasaan, pengaruh orang-orang tua atau pengaruh fanatik dan sebagainya. Kemudian ditimbangkan kebenarannya itu dengan neraca akal fikirannya yang suci, maka ketika itu dapatlah olehnya kebenaran itu. Adapun orang yang terpengaruh oleh sesuatu, maka tidaklah dia menerima kebenaran itu, meskipun diterangkan kepadanya beberapa bukti yang nyata. (benarlah kata-kata Allah swt).
Inilah antara keterangan ayat-ayat yang dapat diambil dalam surah al-waaqi’ah di petik dari Tafsir Mahmud Yunus (Al-quran Nul Karim Rasm Uthmani).

- See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/05/peristiwa-kiamat-dikisahkan-dalam-surah-al-waqiah.html#sthash.Hm16fiE0.dpuf

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...