Pages

Tuesday, June 18, 2013

Penyanyi Faizal Tahir Kena Gam Oleh Media Prima?

2013-06-17_223245Mesti korang terkejutkan bila membaca tajuk di atas ni?..

Jangan kata korang, Murai Batu sendiri pun dah terkejut beruk bila dihubungi seorang teman yang sanggup memberi penjelasan panjang lebar tentang isu yang hangat ni.
Rasa macam tak percaya pun ada sebab apa yang Murai Batu tahu, Faizal Tahir bernaung di bawah label Monkey Bone yang juga milik kumpulan Media Prima? Jadi macam mana dia boleh kena gam dengan syarikat tersebut? Atas dasar apa?
Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, apakah ada surat hitam putih yang melibatkan Faizal Tahir digam oleh Media Prima? Tapi, kata teman Murai Batu, surat secara hitam putih memang tidak ada tetapi orang-orang di dalam Media Prima memang sudah pun maklum tentang hal itu.
Dan sebaik saja berkuatkuasanya arahan untuk menggam Faizal Tahir, beberapa acara yang melibat dia dengan Media Prima khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.
Hal itu juga membuatkan Faizal Tahir tertanya-tanya, apa yang menyebabkan beberapa acara itu dibatalkan dan khabarnya menerusi seseorang yang berada di dalam Media Prima, dia telah pun dimaklumkan tentang arahan tersebut.
Murai Batu tak pasti arahan tersebut datangnya dari mana tapi kata teman Murai Batu ianya melibatkan hal yang cukup tidak masuk di akal. Iaitu tentang isu politik. Hanya kerana Faizal Tahir menyuarakan pendapatnya, ada pihak yang tidak berpuas hati dan menyuarakan rasa tidak puas hati itu pada pihak atasan.
Jadi, dengan tidak semena-mena Faizal Tahir yang mendapat bahana. OMG! Murai Batu tak sangka ada orang yang sanggup main kotor macam ini. Please grow uplah!!
Sekarang ini, Murai Batu sedang tunggu penjelasan dari pihak Media Prima dan juga Faizal

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...