Pages

Tuesday, June 4, 2013

NiKITA WiLLY kekasih setia

NiKITA-WiLLYSEJAK mengumumkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak kebangsaan Indonesia..

, Diego Muhammad Robbie Michiels kepada khalayak pertengahan tahun lalu, media Indonesia mulai memberi perhatian terhadap perkembangan cinta Nikita Willy.

Masakan tidak, Nikita memperlihatkan kebahagiaan percintaannya itu dengan mendedahkan kepada media berkenaan cerita percutian di Eropah sempena sambutan hari jadinya ke-18 tahun lepas. Bagi Nikita percutian selama sebulan itu cukup istimewa kerana selain bersama keluarga, dia turut sama menghabiskan masa dengan kekasihnya itu.

Cerita percutian keluarga Nikita itu kemudiannya mengundang rasa cemburu dalam kalangan segelintir pihak yang tidak senang dengan kesempurnaan hidup Nikita.

Maklumlah pada usia 19 tahun Nikita dilihat amat bertuah kerana sebagai anak manja segala kehendaknya pasti ditunaikan oleh bapa, Henry Willy dan ibu Yora Febrine.

Sebutkan sahaja impian yang dikehendaki pasti segera dilaksanakan kedua ibu bapa Nikita kerana Nikita adalah anak kesayangan dan kebanggaan mereka.

Pada hari ulang tahun ke-17 misalnya, Nikita mendapat hadiah istimewa berupa sebuah kereta mewah daripada orang tuanya

Nikita sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Bara Tampubolon yang juga anak lelaki pengacara Juan Felix Tampubolon.

Namun mereka kemudiannya berpisah selepas Nikita dikaitkan berlaku curang apabila gambarnya sedang berpelukan di katil bersama seorang lelaki yang dikatakan mirip muka Diego tersebar luas.

Namun Nikita mempunyai hujah tersendiri dalam mempertahankan dirinya daripada gosip liar tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...