Pages

Monday, June 10, 2013

Maut selepas jamu selera

imageSABAK BERNAM – Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Hulu Langat terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta

Proton Waja, di
Kilometer 42 Jalan Air Manis di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, Nor Helmi Nor Hasim, 20, berasal dari Kota Tinggi Johor meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kedua-dua paha dan kaki.
Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang menunggang Honda Wave dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Taman Air Manis, di sini selepas berhenti menjamu selera di sebuah gerai makan berdekatan.
“Mangsa dalam perjalanan dari Bagan Nakhoda Omar menghala ke laluan Sabak Bernam cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun belum sempat memotong kenderaan itu, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh Proton Waja dari arah bertentangan,” katanya.
Noor Mushar berkata, akibat pelanggaran terbabit, mangsa yang merempuh Proton Waja itu dari arah bertentangan terpelanting kira-kira lima meter dari bahu jalan selepas gagal mengawal motosikal terbabit.
Menurutnya, mangsa yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah bengkel permotoran di sini sejak beberapa bulan lalu itu dipercayai memotong kenderaan terbabit di laluan gelap.
Menurutnya, pemandu Proton Waja itu tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
“Difahamkan, jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya dan akan dibawa ke Seri Andalas Klang untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Kota Tinggi, Johor,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...