Miami – Seorang wanita, Suyima Torresm 28, meninggal dunia selepas menerima suntikan bagi membesarkan punggung
yang didakwa dilakukan oleh seorang doktor dari Venezuela.
Mangsa meninggal dunia pada bulan April lalu.
Berikutan itu, satu siasatan telah dilancarkan bagi mengesan doktor berkenaan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes menyebabkan kematian dengan sengaja.
Suyima dilaporkan membayar sebanyak $2,300 di Cuerpos Health and Aesthetics untuk melakukan prosedur suntikan itu dengan cecair berminyak berwarna kuning telah disuntuk ke punggungnya.
Beberapa minggu selepas itu, dia sekali lagi menjalani suntikan, namun kali ini Suyima berasa pening. Dia meninggal dunia 10 jam selepas itu.
Setakat ini tiada tuduhan difailkan namun pihak berkuasa percaya suspek telah meninggalkan negara berkenaan sementara pemilik Cuerpos Health and Aesthetics LLC, Ruth Planas pula enggan memberikan sebarang maklumat mengenai doktor dari Venezuela itu.
Pusat kesihatan berkenaan juga telah ditutup.
Dalam pada itu, ibu Sumiya, Coralia Espinosa, berkata, anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital selepas menjalani prosedur kedua suntikan itu.
Bagaimanapun kata Coralia, anak perempuannya itu tidak memberitahu kepada doktor mengenai suntikan yang dijalankan itu.
Kematian Sumiya berlaku hanya 16 hari selepas seorang gadis Dailen Garcia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat pendarahan di bahagian paru-paru dan gangguan penglihatan.
Garcia sebelum itu menerima suntikan di bahagian punggung di pusat rawatan yang sama.
No comments:
Post a Comment