Pages

Saturday, June 15, 2013

Mangsa Dilanggar Ari Wibowo Meninggal Dunia

ari250JAKARTA: Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia,

Khamis.

Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu.

Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut.

Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia.

"Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan," katan Ari seperti dipetik Liputan6.com.

Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...