Pages

Monday, June 3, 2013

Makan Embrio Itik Untuk Kuat Tenaga Batin ?

makan embrio itikPertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna yang diadakan di Amerika Syarikat..

(New York) Acara ekstrem lagi pelik tersebut dianjurkan oleh sebuah masakan Filipina yang bernama restoran Maharlika.

Menurut laporan dari Kosmo, "Telur ini direbus dan dihidangkan bersama secubit garam dan cuka tebu"
"Apabila kulit telur dipecahkan, anda mula dengan meminum cairan di dalamnya sebelum memakan janin anak itik. Jika anda bertuah, anda akan menemui embrio itik yang mempunyai sedikit bulu dan paruh kecil," kata Miguel Trinidad, pemilik bersama restoran berkenaan.
Tambah Miguel lagi , "Telur ini merupakan sumber protein yang hebat dan dapat menguatkan tenaga batin anda,"
Menampilkan 10 orang peserta, pertandingan sulung itu dimenangi oleh seorang lelaki, iaitu Wayne Algenio dan dia telah pun memakan sebanyak 18 telur embrio dalam tempoh lima minit. Erk!
Algenio yang memenangi tali pinggang hitam bersadur emas berjanji akan mempertahankan kejuaraannya pada tahun depan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...