Pages

Friday, June 7, 2013

Komando Tentera Laut AS Tukar Jantina

Chris-BeckSeorang anggota komando tentera laut Amerika Syarikat yang pernah mendapat pujian kerana khidmatnya, mengejutkan rakannya dengan misi terbaru …

menjadi seorang wanita.

Chris Beck yang pernah menganggotai Kumpulan Enam Pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat itu, mendedahkan bahawa dia kini ialah Kristen Beck.

Anggota komando itu yang berkhidmat selama 20 tahun mengesahkan dia kini menjalani rawatan hormon dan merancang menjalani pembedahan jantina.

Beck pernah dikerah 13 kali dalam misi Kumpulan Enam Navy SEAL yang menjadi terkenal selepas membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.

Dia dikerah tujuh kali dalam misi pertempuran dan dikurniakan pingat Purple Heart dan Bintang Gangsa.

Beck bersara daripada tentera pada 2011, beberapa bulan sebelum anggota pasukan berkenaan menyerang tempat persembunyian Osama. Dia yang kini berusia 46 tahun dan bekerja sebagai perunding ketenteraan di Tampa mengambil keputusan untuk mengumumkan secara terbuka mengenai naluri kewanitaannya apabila memuat naik gambar baru profilnya di laman Linkedin dengan berpakaian sebagai wanita.

“Saya meninggalkan segala bentuk kepura-puraan saya dan memaklumkan kepada dunia mengenai identiti baru saya sebagai wanita,” katanya dalam laman itu.

Dia mula menjalani rawatan hormon tiga bulan lalu. Dia juga menerima rawatan laser untuk menanggalkan bulu pada muka. Dalam biografinya, Beck menceritakan mengenai satu misinya apabila dia terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki Afghanistan untuk bergaul dengan anggota Taliban yang membenci wanita.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...