Pages

Tuesday, June 18, 2013

Kisah Sedih Riayat Hidup Ahmad Nisfu

ayie_puteragahara_blogspot.com_ahmad_nisfu_pendekar_bujang_lapok"Walaupon rupamu tidak ku kenal.. tetapi lobang hidongmu tatap menjadi pujaan hatiku"

Ingat tak dialog diatas,?..

salah satu dialog yg plg popular dlm cerita Seniman Bujang Lapok. Dialog ni ditujukan oleh seniman Aziz Satar kepada seniman Ahmad Nesfu yang memegang watak sebagai director dlm filem itu.

Tiba aku terasa nak menceritakan serba sedikit tentang salah seorg pelakon pujaanku seniman Ahmad Nesfu. Aku mmg suka mendengar cerita tentang pelakon lama2 nie.. selalunya yang tukang cerita mak dan mak sedara aku.. tp aku mmg jarang dengar org bercerita tentang seniman Ahmad Nesfu. Sebab nak taw sangat aku pun google nm Ahmad Nesfu, ini serba sedikit cerita tentang Ahmad Nesfu yang dapat aku korek..

Nama penuh beliau adalah Ahmad Nesfu, berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dikenali dengan nama panggilan 'Pak Besaq' kerana size hidungnye. Gelaran itu diberi oleh P.Ramlee

Merupakan antara sahabat rapat P.Ramlee dan byk berlakon bersama P.Ramlee. Antara lakonan beliau bersama P.Ramlee adalah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Madu 3, Ibu Mertuaku dan byk lg.

P.Ramlee amat mengagumi Ahmad Nisfu.

Awalnya beliau adalah seorg pelakon bangsawan sebelum berlakon di Shaw Brothers

Beliau juga merupakan seorg bilal di surau Onan Road.

Beliau hidup sebatang kara tanpa keluarga, isteri dan anak2.

Dikatakan beliau menghabiskan masa dengan beramal selain pandai mengaji Al-Quran.

Selepas studio di Jalan Ampas ditutup, beliau hidup dalam kesempitan dan kedaifan.

Pada penghujung hayatnya, beliau dikatakan hidup atas belas ehsan penduduk kampung dan tinggal di kubu pertahanan Jepun.

Di kubu itu jugalah beliau menghembuskan nafas terakhir tanpa saudara mara dan keluarga.

kubu pertahanan Jepun

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.. Al-Fatihah

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...