Pages

Friday, June 14, 2013

Khalwat 2 Kali 10 Jam

pix_gal0PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu,

Malam buat maksiat di rumah sewa, pagi dicekup lagi di motel

JITRA: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih

yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam  di dua lokasi berbeza ,. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri , jam 12.05 tengah malam , dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi

mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA , manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga belajar di sebuah IPTA lain.

sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sumber :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...