Pages

Monday, June 3, 2013

Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin

Semalam Izzue Islam salah seorang dari ahli kumpulan Forteen telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Awin Nurin dalam satu majlis di Shah Alam. Turut kelihatan ialah ahli kumpulan Forteen yang lain seperti Ameer Forteen yang dilihat hadir bersama seorang gadis misteri.

Rotikaya yang melihat pasangan ini berpakaian sedondon terus membuat sessi terjah bersama Ameer Forteen. Menurut Ameer,
“Pada mulanya saya tak terfikir pun nak hebohkan kepada pihak media tapi dah terlanjur datang sama dan ramai dah tengok saya tiada masalah untuk berkongsi.”
Kata Ameer lagi, gadis misteri tersebut dikenali sebagai Azwin Ayub,24, merupakan anak jati Kuala Lumpur dan baru saja menamatkan pengajian dalam bidang American Studies di Segi College, Damansara.
Ditanya adakah beliau sudah bersedia menamatkan zaman bujang seperti rakannya Izzue Islam, Ameer menolak kerana beliau mahu mengukuhkan kerjanya dalam bidang seni terlebih dahulu.
Kekasih Ameer Forteen Juga Bernama Awin
Jejaka tinggi lampai ini mula berjinak-jinak di dalam bidang lakonan dengan telemovie pertamanya “Permata Hatiku” bergandingan bersama Elfira Loy.
Mungkin hanya satu persamaan, namun tetap menarik kerana nama gadis tersebut sama seperti isteri Izzue iaitu Awin.

Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...