Pages

Monday, June 17, 2013

Jodoh Di Usia 4 Tahun

image (1)Gambar kahwin semasa 4 tahun, ketika dewasa dan ulang tahun perkahwinan ketika berusia 70 tahun
Sepasang warga emas, Ron Everest dan Eilen Campbell, tidak menyangka bahawa pakaian pengantin yang disarungkan kepada mereka di usia 4 tahun dalam satu karnival telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka.
Menariknya Pasangan itu yang kini berusia 91 tahun telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926.
Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943 pada usia 21 tahun. Setelah mengharungi hidup bersama selama 70 tahun, mereka percaya  jodoh mereka sebenarnya sudah ditentukan sejak dilahirkan.
Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...