Norsiah Ramli, 50, ibu kepada Diana Danielle menerima dengan hati terbuka kenyataan berbaur sindiran dikeluarkan menantunya, pelakon dan pengarah
Farid Kamil di laman sosial Twitter, Isnin lalu.
Menurut Norsiah, dia enggan memanjangkan perkara itu walaupun kenyataan Farid Kamil menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini.
“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.
“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,” katanya.
Bagaimanapun, cubaan wartawan untuk menghubungi Farid bagi mendapatkan komennya gagal apabila telefon bimbitnya ditutup. Terdahulu, pada Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan gambar memperlihatkan Farid mengucup bayi yang baru dilahirkan sehingga menimbulkan salah faham.
Inilah cara orang yang lebih tua bila berbicara, bukan keluarkan kenyataan atau gambar tanpa memikirkan impak disebaliknya. Btw, semoga FK berjaya atasi kemelut yg dihadapinya selama 4 tahun itu.
No comments:
Post a Comment