Pages

Thursday, June 20, 2013

‘Ibu Ayam’ Antara Tujuh Ditahan

Ibu-AyamJOHOR BAHRU – Seramai tujuh wanita warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang

di sebuah hotel sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Dalam serbuan diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, kesemua wanita terbabit yang ditahan itu berusia antara 39 hingga 57 tahun.

Khairulanuar berkata, salah seorang daripada wanita yang ditahan itu dipercayai merupakan ‘ibu ayam’ berusia 50 tahun bertindak sebagai penjaga premis.

Menurutnya, kesemua wanita itu melakukan aktiviti pelacuran dengan kadar bayaran setiap perkhidmatan RM50 dan RM10 yang diberikan kepada ‘ibu ayam’ terbabit sebagai tempat sewa serta kos bilik hotel.

“Anggota operasi yang menyamar sebagai pelanggan mendapat layanan baik daripada ‘ibu ayam’ dengan menawarkan wanita.

“Bagaimanapun, tawaran dibuat membuatkan anggota operasi terkedu untuk menerima memandangkan usia wanita itu sudah tidak sepatutnya melakukan aktiviti berkenaan.

“Malah terdapat seorang yang sedang mengandung tujuh bulan walaupun sudah memiliki anak seramai enam orang ditinggalkan di kampung halaman di Indonesia. Atas desakan hidup, dia terpaksa mencari rezeki seadanya,” katanya, di sini semalam.

Khairulanuar berkata, pihaknya diberitahu perkhidmatan di hotel berkenaan dilakukan sekitar jam 9 pagi hingga 6 petang hasil daripada kenyataan salah seorang wanita.

“Pada sebelah malam, mereka berpindah lokasi berhampiran di mana lokasi sebelah malam menerima kadar bayaran yang lebih iaitu sekitar RM100 memandangkan terdapat permintaan yang ramai,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan.

“Mereka juga turut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. Semua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...