Pages

Monday, June 10, 2013

GAMBAR) Perompak Kedai Emas Mati Ditembak Di Kota Bharu

perompakDua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong  terpaksa berputih mata apabila

gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.

Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

“Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

“Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...