Pages

Thursday, June 6, 2013

Gadis Dijual Hanya RM200?

Gawat Ibu Guru Jual Gadis Perawan Rp250 RibuSeorang ibu di Lop Buri memaksa anaknya berusia 13 tahun untuk berkahwin dengan lelaki berumur 34 tahun selepas dia menerima bayaran mas kahwin sebanyak

2,000 baht (RM200).

Yayasan Pavena (Thailand) untuk Wanita dan Kanak-Kanak semalam berkata, gadis bawah umur itu memberitahu kakitangannya, lelaki terbabit datang ke rumahnya untuk minum bersama-sama ibu bapanya Selasa lalu.

Dia kemudian memasuki biliknya lalu memeluknya ketika dia tidur. Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menjerit.

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke biliknya dan memaksanya mengadakan seks. Apabila dia memaklumkan perkara itu kepada ibubapanya, mereka meminta lelaki itu membayar RM200 untuk menjadikan gadis itu isterinya.

Menurut yayasan itu, polis menyerbu rumah gadis berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...