Siapa yang tidak kenal dengan Aiman Hakim Redza. Pelakon muda yang mula menjadi kegilaan
ramai peminat menerusi lakonannya dalam drama Vanila Coklat, bergandingan dengan aktres cantik, Izara Aishah. Namun nama pemuda tinggi lampai ini semakin panas apabila timbul gosip dia menjalin hubungan cinta dengan pelakon Nur Fathia Latiff. Dakwaan disertakan dengan berita, ada peminat yang nampak mereka bermesra-mesraan di KLIA, kira-kira sebulan yang lalu.
“Ia macam nilah, saya sebagai artis dan apabila timbul cerita begini, hal ni sebenarnya melibatkan orang lain juga. Melibatkan ibu bapa dia (Fathia), ibu bapa saya dan banyak pihak lain lagi.
“Saya tak mahu komen sebab perkara ni penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Saya baru berusia 24 tahun, dan pihak-pihak itu pula jauh lebih dewasa daripada saya. Jadi kalau saya bagi satu kenyataan atau komen, nanti merea akan terasa dan beranggapan lain. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak”, katanya kepada Malaysia Digest.com ketika diminta mengulas lanjut mengenai khabar angin hubungan cintanya dengan aktres berkenaan.
Begitupun, Aiman tidak menolak untuk berkongsi berita tersebut senandainya kelak mereka berdua benar-benar sudah ditentukan ada jodoh.
“Perkara ni, kalau betul-betul Tuhan dah jodohkan, masa tu baru saaya boleh cakap lebih. Tapi sekarang tak ada apa-apa”, ujarnya.
Mengenai dakwaan kelakuan mesranya bersama Fathia di Lapangan terbang KLIA, menurut Aiman sesiapa saja berhak berkata apa saja. Malah dia lebih senang menganggap, ‘hari ini, semua orang pun nak jadi wartawan’. Justeru dia tidak menyalahkan pihak yang membuat dakwaan tersebut dan tidak mahu terlalu memikirkannya.
Dalam masa sama, Aiman menegaskan sejak sebelum bergelar artis lagi dirinya seorang yang memang tidak suka berkongsi hal-hal peribadi. Padanya, kalau semua perkara privasi hendak dikongsikan pada umum, tiada apa lagi yang tinggal untuk dirinya. Disamping dia bimbang apa yang dikongsi atau didedahkan, sewenang-wenangnya informasi itu dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Realitinya, saya bukan jenis yang kongsi semua perkara pasal saya, pada umum. Bagi saya, apabila saya melangkah masuk dalam industri ini, saya telah serahkan separuh diri saya pada industri. Dan niat saya nak kerja. Cukuplah. Kalau saya nak bagi semua, apa yang tinggal pada diri saya? Lagipun kalau kita bagi informasi tentang diri kita pada banyak orang, nanti senang-senang orang boleh buat informasi kita tu jadi tak betul”,
No comments:
Post a Comment