Pages

Sunday, June 2, 2013

Calvin Thoo Akui Hati Tenang Bila Peluk Islam

Calvin Thoo Akui Hati Lebih Tenang Selepas Peluk IslamCalvin Thoo, pereka fesyen terkenal secara sahnya telah memeluk agama Islam seawal minggu yang lalu

selepas beliau sendiri belajar mendalami agama  itu sejak dua tahun lalu.

Menurut Calvin lagi, keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan ianya bukanlah dari ajakan atau desakan rakan apatah lagi hanya kerana terikut-ikut dengan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi beliau sendiri melihat agama berkenaan cukup indah dan suci untuk dianuti.

Pereka Fesyen Calvin Thoo Masuk Islam Selepas Bermimpi Ucap Syahadah

Menurut beberapa sumber, sesi melafazkan kalimah syahadah telah diadakan di kediaman seorang teman yang mana ia disaksikan seorang ustaz bertauliah serta beberapa orang rakan terdekat.
Malah dikhabarkan, hatinya cukup sayup bercampur gembira selepas melafazkan kalimah berkenaan, bagaimanapun terasa seperti ada benda berat yang menghempap bahunya ketika dia sedang mengucapkan kalimah itu di hadapan ustaz serta beberapa saksi. Malah dirinya semakin selesa apabila berpeluang bergaul dengan teman mahupun pelanggan beragama Islam.
Dikatakan juga Calvin Thoo ingin kekal dengan nama asalnyanya dan beliau ternyata bertuah kerana keluarga terdekat merestui keputusannya memeluk Islam.
Pereka fesyen kesayangan Anita Sarawak dan Adibah Noor ini juga merancang untuk melahirkan koleksi fesyen bertudung kepada wanita muslimah tidak lama lagi.
Sempena ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi, Calvin Thoo ternyata tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk menunaikan ibadah puasa kerana khabarnya dia sudah mempraktikannya sejak dua tahun lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...