Pages

Thursday, June 20, 2013

Bekas isteri dakwa kena gigit dan dipijak

image (2)Kesan digigit bekas suami

PUCHONG -

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zee meronta-ronta minta bekas suami berhenti memukul tetapi dia mencekik, memijak perut dan menendangnya berkali-kali tanpa belas kasihan

Bekas isteri dakwa kena gigit, dipijak
Mangsa menunjukkan kecederaan yang dialami.

Bekas isteri dakwa kena gigit, dipijak
Mangsa (kiri) menceritakan kejadian malang itu kepada Noor Hanim dan Sze Han.

Perbalahan yang didakwa mangsa bermula dengan pertengkaran mulut berakhir tiga jam selepas itu apabila dia berjaya melarikan diri ke pos pengawal keselamatan di kediaman dihuninya di Bandar Kinrara,.
Kejadian pada Ahad lalu bermula apabila bekas suami yang tinggal berasingan sejak dua bulan lalu tiba-tiba muncul di depan pintu pagar rumahnya.
bertanya sama ada dia mahu merujuk semula sekiranya mahkamah mendapati talak dilafaz sebelum ini tidak sah.
Zee, yang bekerja sebagai pereka dalaman sambilan berkata, keengganan dia menuruti kehendak bekas suaminya itu menyebabkan lelaki itu tiba-tiba naik angin dan meludah mukanya beberapa kali.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu terus menarik dan mengheret dia masuk ke dalam rumah sebelum memukulnya berkali-kali.
Sambil memaki hamun dengan menuduh dia perempuan sundal dan pelacur murahan, bekas suaminya itu menendangnya.
dan  percaya lelaki itu menyerangnya di bawah pengaruh alkohol dan mungkin terjebak
dengan dadah.
“Ketika bergelut itu, dia baling bekas abu rokok namun nasib baik ia tidak mengenai kepala  Kejadian disaksikan pembantu rumah dan anak lelaki saya yang berusia lima tahun,” .
Bagaimanapun, , pembantunya tidak berani menolong kerana diugut lelaki itu dan akibat tidak mampu menahan sakit dicekik, dia kemudian bertindak mencakar muka bekas suaminya itu.
Berang dengan tindakan itu, lelaki itu  menggigit bahunya dan terus membelasah tubuh badannya sehingga bengkak dan lebam.
Insiden berlaku hampir tiga jam, tanpa mendapat bantuan sesiapa sehinggalah dia mempunyai kekuatan melarikan diri ke pos pengawal untuk menghubungi pihak polis.
“Bekas suami itu tinggal di rumah adiknya tidak jauh dari rumah yang saya sewa, selepas kejadian dia terus mengugut menggunakan SMS, dengan mengatakan tengok malam nanti apa akan jadi,.
“Dia berkahwin dengan bekas suaminya berusia 43 tahun itu pada 2006dan  mereka mula tinggal berasingan selepas bekas suaminya melafazkan talak tiga, dua bulan lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...