Pages

Thursday, June 13, 2013

47 maut dalam kebakaran bas di China

du_02.1BEIJING - Sekurang-kurangnya 47 orang maut pada Jumaat lalu apabila sebuah bas musnah dijilat api dalam kesesakan lalu lintas

di bandar Xiamen Imej-imej di internet menunjukkan, rangka bas yang hangus pada pukul 6.30 petang waktu tempatan. Selain itu, portal-portal berita turut memaparkan gambar mangsa yang terselamat berada dalam keadaan terkejut, badan berdarah serta baju terkoyak akibat terbakar.

Agensi berita Xinhua melaporkan sebanyak 47 kematian dan 34 yang lain cedera dalam kejadian itu, manakala akhbar Fujian Daily pula menyatakan seramai 48 orang maut.

Laporan berita dalam talian menyatakan, terdapat 100 orang penumpang di dalam Bas Rapid Transit (BRT) malang itu. Kebakaran berlaku selama 10 minit bersama beberapa letupan kecil.

Seorang penumpang yang terselamat memberitahu, dia terhidu bau minyak sebelum kebakaran berlaku 500 meter dari sebuah perhentian bas di Jinshan. Punca siasatan mendedahkan, kebakaran berpunca akibat perbuatan seorang lelaki, Chen Shuizong yang didakwa tidak gembira dengan hidupnya.

Shuizong, 59, dikatakan menyalakan api dengan minyak petrol turut maut dalam kejadian itu

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...