Nelydia Senrose, 19, bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air.
Penampilannya dalam drama ‘Spa Q’ berjaya mencuri perhatian peminat drama Melayu mahu pun penerbit dan pengarah. Hendak tahu perkara-perkara menarik tentang pelakon ini? Jom semak senarai berikut :
- Nelydia merupakan seorang ‘morning person’. Paling lewat Nelydia bangun daripada tidur ialah pada jam 9 pagi.
- Oleh kerana dia suka bangun pagi, Nelydia pasti akan tidur awal. Kongsi kekasihnya, Qi Razali, setiap kali dia menghubungi Nelydia pada lewat malam, pasti panggilan telefon itu tidak berjawab.
- Nelydia suka dengan buaya kerana beranggapan buaya mempunyai karakter menarik.
- Nelydia suka mencuba menu-menu yang belum pernah dicuba. Malah, dia juga suka mencari tempat-tempat makan baru. Sesuailah dia berpasangan dengan pengacara ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ bukan?
- Nelydia seorang yang sensitif. Lebih buruk, dia akan pendam perasaan sekiranya marah. Nelydia akui apabila sudah terlalu banyak yang dipendam, dia akan mengungkit segala cerita lama.
- Walaupun baru berusia 19 tahun, namun gadis ini berani melancong seorang diri.
- Bagi Nelydia, dia merupakan seorang yang kuat berfikir terutamanya tentang masa depan. Namun Qi menganggap Nelydia kuat mengelamun.
- Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi, kata Nelydia dia paling tidak suka mata pelajaran Matematik.
- Nelydia mengaku dia seorang yang pemalu biarpun sering berhadapan dengan kamera.
- Kata Nelydia, dia lebih gemar tampil ringkas ketika keluar bersiar-siar. Menurut Qi, pernah sekali ketika keluar dengan Nelydia, Qi merasa seolah-olah dia yang ‘overdressed’ kerana Nelydia hanya memakai selipar.
- Nelydia gemarkan aksesori yang dilengkapi berlian.
- Kalau dah namanya perempuan, Nelydia tidak lari dari minat mengumpul beg tangan. Kini Nelydia memiliki lebih kurang 10 buah koleksi beg tangan.
No comments:
Post a Comment