“Md Yassin Saari,yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya
di Parit Simpang Lima hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat secepat mungkin.”
sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kirinya“Dia yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kainnya,”, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
tidak tergerak hatinya untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat.
“Lebih menghairankan, di sebalik tindakannya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakannya sewaktu solat.
“Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, dia mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumahnya
No comments:
Post a Comment