Pages

Friday, May 17, 2013

Tiz Zaqyah takut jarum


Beginilah ragam pelakon Tiz Zaqyah apabila menerima suntikan vaksin kanser serviks daripada Dr Dalilah Kamaruddin. Aksi ini dirakamkan ketika Majlis Kempen Kesedaran Kanser Serviks yang dianjurkan produk mandian May dan National Cancer Society Malaysia di Bangsar petang semalam. 

Kata Tiz Zaqyah, itu merupakan suntikan keduanya selepas menuntut di sekolah menengah dan agak terkejut kerana ianya langsung tidak terasa sakit. Tiz Zaqyah yang merupakan duta produk mandian dan sabun May menyeru supaya lebih ramai wanita di luar sana mendapatkan suntikan vaksin berkenaan bagi mengelakkan daripada menghidapi kanser bahaya itu.

Katanya, dia telah sama-sama mengikuti beberapa ceramah di 5 universiti tempatan untuk memberi kesedaran kepada wanita terutama golongan remaja supaya ianya dapat dielakan lebih awal.

"Sebelum ini saya sendiri tidak sedar dengan adanya kanser serviks kerana saya hanya tahu tentang bahaya kanser payu dara sahaja. Tetapi sekarang, saya menyeru supaya golongan remaja wanita di luar sana supaya sedar dengan bahaya kanser ini kerana saya dapat tahu ada kanak-kanak berusia seawal 9 tahun telah menghidapi kanser ini.
"Kesedaran lebih awal di usia muda adalah lebih baik daripada mencegahnya bila sudah terlambat," katanya menyeru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...