Ingatkan semakin pulih, tetapi semakin menjadi pulak kontroversi yang melanda Afiq Muiz, Ibu dan juga Eina Azman….
Tekad bahawa dirinya berada di pihak benar, Eina Azman kini meneruskan hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohammad.
Untuk makluman, sebelum ini Eina memberikan tempoh masa 7 hari kepada Hasliza untuk memohon maaf kepadanya.
Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu apa saja yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang ibu Afiq tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya juga menyerang saya di laman Twitter.
Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani cakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.
Nampaknya, tak selesailah, pada pendapat kami tak perlulah sampai dibawa ke Makhamah.
SumberApa yang ibu Afiq beritahu dalam program hiburan Melodi kelmarin semuanya bercanggah. Biarlah nanti ibu saudara Afiq, Norlela yang tampil memberi penjelasan. Ibu saudaranya itu cukup mengenali Afiq dan dia menjaga Afiq ketika kecil.
No comments:
Post a Comment