Pages

Sunday, May 12, 2013

Tangan putus tapi disambung di betis

mikieMing Li yang berumur sembilan tahun kehilangan tangannya dalam satu kemalangan. Remaja yang  lucu ini dilanggar traktor ketika hendak ke sekolah

Lengannya rosak teruk untuk dipasang kembali, tetapi  doktor tetap berusaha untuk menyambungkan tangan tersebut, jadi mereka menyambung sementara ke kakinya.
Ketika Ming Li tiba di hospital Zhengzhou, Daerah Henan, China setelah digilis traktor , tangan kirinya putus dari tubuhnya dan lengannya hancur. Untuk menjaga tangannya supaya 'hidup', doktor melekatkan tangannya ke betis kanannya.
Setelah tiga bulan, lengan Ming mulai sembuh dan tangannya dipasangkan kembali. Dia sekarang boleh menggerakkan pergelangan tangannya, dan akan ada lagi dua pembedahan untuk meningkatkan fungsi tangan dan mencegah jaringan parut.
Ketika  ini Ming Li sudah boleh menggerakkan pergelangan tangannya kembali. “Tangan kirinya telah berwana merah muda, menandakan darah telah mengalir dengan baik di lengannya,” kata doktor.
Keadaan Ming Li akan bertambah baik dan tangannya boleh berfungsi normal setelah menjalani terapi fisik.
“Kami tidak bisa memberikan prediksi tepat berapa peratus pergerakan tangannya boleh kembali normal. Namun dia akan boleh melakukan semuanya sendiri seperti memandu kereta,” katanya.
Sementara itu, ahli bedah tulang  Australia, Profesor Jegan Krishnan menilai prosedur pembedahan yang dilakukan pada Ming Li sangat jarang dilakukan di dunia. Menurut Krishnan, doktor di Australia akan memilih menyambungkan langsung lengan yang putus itu. Dia menduga, doktor di China memilih cara itu kerana j lengan Ming Li tidak dalam keadaan sihat untuk disambungkan pada ketika  itu.
“Doktor di China memindahkan letak lengan tersebut ke kaki sehingga bioleh mendapatkan aliran darah dan sembuh,” terang Krishnan.
Namun, masih ada lagi risiko jika dibuat begini kerana lengan Ming Li boleh“mati” jika pembuluh darah antara lengan dan kakinya tertutup. Tak hanya itu, infeksi boleh terjadi dan menghancurkan  lengan. Nasib baik situasi buruk itu tidak dialami Ming Li. Remaja itu pun kini kembali boleh hidup bergelak ketawa.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...