Pages

Friday, May 3, 2013

Remaja 13 Tahun Dah Jadi Ayah

Alfie Patten tidak pernah menyangka hubungan  yang hanya sekali dengan kekasihnya,

Chantelle Steadman, yang masih berusia 15 tahun pun hamil, dan Alfie baru 13 tahun.
Bayi mereka lahir di Eastbourn,  Isnin (9/2). ketika Chantelle hamil sembilan bulan lalu, mereka menolak pengguguran. “Saya fikir bahagia juga punya bayi,” kata Alfie yang suaranya belum pecah itu. ketika ditanya bagaimana dia bakal mengnafkahi anak yang diberinya nama Maisie Roxanne itu, Alfie mengaku tidak tahu. “Saya tidak mendapat wang saku.
Kadang-kadang  Ayah memberi saya 10 poundsterling.”“Saya juga tidak tahu caranya menjadi ayah. Tapi saya yakin , boleh jadi ayah yang baik dan mejaga anak itu,” katanya yakin.
Alfie berusaha menunjukkan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan menjadi orang pertama yang menggendong bayi seberat 3,5 kg itu.
“Dia boleh sahaja tidak peduli dan bermain PlayStation sewaktu Chantelle melahirkan bayi mereka. Namun, Alfie mahu menunggu kekasihnya itu di rumah sakit,” ujar Dennis Patten (45), ayah Alfie.
Chantelle tahu dirinya menggandung sewatu berjumpa dengan doktor kerana sakit perut. “Saya dihantar Alfie. Doktornya tanya apakah kami berhubungan . Saya lalu periksa kehamilan. Saya menangis waktu doktor mengesahkan saya positif  menggandung,” cerita remaja  itu.
Chantelle mengaku takut memberitahu ibunya. “Saya fikir Mama bakal membunuh saya.” Chantelle kini membawa Maisie ke rumah ibunya di Eastbourne.
Di rumah itu dia tinggal bersama ibubapanya, Penny dan Steve, serta lima saudara yang lain. Kerana Steve menganggur, mereka hidup dari tanggungan pemerintah.
Alfie masih tinggal dengan ayahnya, tetapi setiap hari mengenguk bayinya. Sikapnya masih seperti remaja seusianya. Dia suka bermain komputer, bertinju, dan menonton Manchester United bertanding. Dennis, ayah Alfie, sangat terkejut ketika tahu anaknya yang masih kecil itu juga akan menjadi ayah.“Alfie menangis dan mengaku itu hubungan  pertamanya dan tidak tahu kesannya. walaupun terlambat, saya harus berbincang lagi dengannya supaya dia faham benar perbuatannya, dan agar tidak ada bayi lagi,” tandas Dennis yang ayah sembilan anak itu.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...