Pages

Sunday, May 12, 2013

Pelik - Semua ayam mati dibunuh monyet kerana tiru perbuatan tuannya

4o2itlraQ9Seorang lelaki yang menyelamatkan seekor monyet yang hanya memiliki satu tangan dan satu kaki telah mendapatkan balasanyang

tidak sepatutnya dari  monyet. Semua ayamnya mati dibunuh monyet itu.
Li Chun, dari desa Menghai, Daerah Yunnan, mengatakan bahawa monyet tersebut sudah menjadi sebahagian dari keluarganya semenjak dia dirawat hingga sihat.
Haiwan tersebut menjadi sangat berbakti kepada keluarga itu dengan melakukan pekerjaan di rumah, tapi masalahnya dia juga suka meniru apa yang dilakukan oleh Li.
Ketika haiwan mamalia itu melihat Li memecahkan telur untuk memasak dia pun pergi ke kandang ayam dan menghancurkan telur yang dia dapatkan.Tetapi ada satu perkara yang paling dahsyat ialah ketika Li menyembelih seekor ayam, monyet tersebut menirunya dengan membunuh 80 ayam lainnya
"Pada ketika tidak diawasi, dia  melompat ke kandang ayam, lalu membunuh ayam-ayam itu, tidak perduli besar atau kecil, dia mencoba membunuh mereka semua," ujar Li.
"Paling banyak dia membunuh sembilan ekor ayam dalam satu hari. Pelajaran yang saya dapatkan adalah jangan pernah menyembelih ayam di depan seekor monyet," lanjutnya.
Li menemukan monyet yang cedera serius itu di dalam hutan kira-kira satu tahun yang lalu pada ketika dia melompat ke dalam bakulnya
Dia melihat tangan bahagian kanan dan kaki bahagian kirinya sudah membusuk dan dia akhirnya membawa monyet itu ke rumah dan langsung memotong bahagian tubuhnya yang rosak serta memberinya pengubatan.
Dia merawat haiwan  itu sehingga kembali sihat, dengan cepat monyet itu pun pulih dan boleh membantu kegiatan di rumah.
Haiwan itu membantu Li merawat anak anjingnya dan bahkan menghapus air mata Li ketika ayahnya meninggal dunia.
"Dia duduk di sebelah saya dan menjulurkan tangannya untuk menghapus air mata dari wajah saya. Dia menepuk lembut wajah dan kepala saya, dan memandang saya dengan simpati yang mendalam,
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...