Pages

Friday, May 3, 2013

Pelakon Izzue Islam akan menamatkan zaman bujangnya 2 Jun ini

Sebelum ini kecoh pasal gosip pelakon popular Izzue Islam dikhabarkan bertunang dengan

pengurusnya yang dikenali sebagai Awin Nurin. Namun anggota kumpulan Forteen itu enggan mengesahkannya. Akhirnya Izzue, 23, mengaku yang dia bakal bernikah dengan Awin pada 2 Jun ini. Tarikh tersebut sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia juga mengakui cerita pasal pertunangannya dulu adalah benar. Dia enggan mendedahkannya kerana ada sebab tertentu serta mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga mereka."Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan pada tengah hari yang sama di Shah Alam," kata Izzue.
Gosip pasal Izzue bertunang mula tersebar hujung tahun lalu. Mereka dikatakan bertunang pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu. "Saya bukan berbohong semasa ditanya pasal bertunang dulu, sebaliknya saya belum sedia mendedahkannya. Pertunangan ni sesuatu yang belum pasti, manalah tahu tidak sampai ke jenjang pelamin. "Sekarang bila sudah pasti kami akan kahwin, barulah saya bersedia. Baru semalam saya memberitahu kawan-kawan dan meminta alamat untuk mengundang mereka dan hari ini pula saya mula bercerita kepada media. Saya harap semua orang faham," sambungnya lagi.

Semoga berbahagia.
Izzue sedia kahwin pada usia muda dan tidak mengganggap perkahwinannya nanti bakal menggugat kejayanya yang sedang berkembang. "Saya harap peminat akan terus menyokong saya selepas ini. Saya tahu peminat sekarang semakin bijak. Kerana sokongan merekalah saya berada pada tempat saya ada sekarang," kata Izzue. Izzue juga memberitahu, kesibukannya berlakon membuatkan dia tidak sempat bermulan madu. Dia juga hanya akan mengadakan majlis sambut menantu untuk leluarga sahaja di Kelantan tanpa majlis kenduri. Malah dia hanya akan bercuti selama seminggu sahaja selepas bernikah. Izzue sekarang sedang rancak menjalani penggambaran drama Sahabat. "Kalau boleh saya nak berbulan madu di Jepun. Saya minat sangat nak ke Jepun. Ini hanya cadangan sahaja, tak tahulah sama ada jadi atau sebaliknya. Sebenarnya saya belum pernah ke luar negara," kata Izzue lagi

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...