Pages

Friday, May 17, 2013

Ning Baizura memperkenalkan Ryan Sky Dalton

5162013_wajahanakning-aSetelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton

pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.-murai-

jom layan beberapa gambar Ning bersama puteranya…

33 Ning Baizura memperkenalkan Ryan Sky Dalton

23 Ning Baizura memperkenalkan Ryan Sky Dalton

13 Ning Baizura memperkenalkan Ryan Sky Dalton

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...