Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia tidak pernah
melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar
Dara warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.
Menurut Clara yang berasal dari England, semasa usianya remaja pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah berkahwin.
Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.
“Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak,” kata Clara.
“Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan,” tambahnya
No comments:
Post a Comment