Pages

Sunday, May 19, 2013

Misteri Kematian Selebriti Yang Ada Kaitan Dengan Rogol Beramai-ramai !

kannada_hemashriNew Delhi: Kes rogol dan cabul yang mencetuskan tunjuk perasaan di India, tidak hanya membabitkan rakyat biasa, sebaliknya selebriti dan aktres terkenal….

di negara itu dan Sri Lanka turut menjadi mangsa.
Sehingga kini, misteri terus menyelubungi kematian pengacara televisyen dan aktres terkenal negeri Karnataka, Hemasri, 29, dengan seorang pemimpin Kongres JL Muralidhar dan suaminya Sudikatakan sebagai orang paling disyaki.
Media tempatan melaporkan, Hemasri diisytiharkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital 12 Oktober lalu oleh suaminya yang juga seorang ahli politik, Karnataka Sudhindra Babu.Laporan awal bedah siasat mengesahkan ia sebagai kes bunuh akibat dilemaskan dengan klorofom di sebuah rumah ladang di Anantapur, selain disyaki menjadi mangsa rogol beramai-ramai. Polis daerah Hebbal memfailkan kes ke atas Sudhindra berkaitan kejadian itu.
Di COLOMBO, seorang aktres terkenal Sri Lanka mendakwa dia dirogol empat lelaki pada malam Tahun Baru, sekembalinya daripada menyaksikan satu pertunjukan muzik.
Aktres berkenaan yang mempunyai seorang anak dan baru bercerai mendakwa, dia baru pulang daripada menyaksikan pertunjukan di daerah Kadirana, apabila seorang daripada suspek menahannya sebelum dicekik dan diheret ke dalam semak di tepi jalan dan dirogol.
Lelaki itu kemudian menghubungi tiga lagi rakannya menggunakan telefon bimbit. Mereka tiba dan merogolnya bergilir-gilir sebelum melarikan diri, lapor akhbar Gossip Lanka News.
Akhbar itu melaporkan berdasarkan maklumat yang diberi, polis menahan tuan punya rumah sewa aktres terbabit, dua anggota tentera dan seorang yang lain.
Jurucakap angkatan udara Sri Lanka Kapten Shiraz Jaldeen mengesahkan kedua-dua anggota tentera berkenaan sudah ditahan dan tindakan akan diambil selepas mahkamah membuat keputusan.
Di CHENNAI, aktres seksi India Selatan, Lakshmi Rai mengaku dicabul sekumpulan peminatnya ketika menjalani penggambaran di Pondicherry akhir Disember lalu.
Perbuatan mereka menyebabkan dia terpaksa melarikan diri dan berlindung di dalam van selama hampir 40 minit sehingga anggota keselamatan menyuraikan mereka.
Lakshmi bagaimanapun bersikap positif mengenai kejadian itu.
Saya bertuah kerana popular dan gembira dengan minat yang mereka tunjukkan, katanya.
Agensi

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...