Semenjak bergelar ibu, pelakon Faezah Elai mengakui kehidupannya kini sedikit kelam-kabut
berikutan dia masih lagi dalam proses untuk membiasakan diri membahagikan masa di antara komitmen kerjanya dan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Aktres cantik ini juga mengakui dirinya lebih menumpukan perhatian terhadap anak sulungnya, Dealova Heyrinna yang kini sudah pun mencecah usia tiga bulan.
“Alhamdulillah, bergelar ibu sangat menyeronokkan. Tapi agak kelam kabut jugalah. Sebab saya nak fokus pada anak dan juga penggambaran. Baby pun masih menyusu badan. Sekarang pengasuh kami pula dah berhenti, jadi itu yang buat saya agak kelam kabut sikit tu,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.
Faezah turut berkata suaminya, pengarah Heykal Hanifah banyak membantunya dalam menguruskan anak mereka selain tiga anak tirinya yang ringan tulang dalam menjaga adik mereka.
“Suami, dia banyak membantu saya. Kalau anak menangis tu dia dukung. Dia tolong apa yang patut. Dia dah memang biasa jaga budak-budak.
“Anak-anak pun okay. Mereka seronok dapat adik dan masing-masing memang boleh diharap untuk menjaga adik mereka. Terutama yang si kakak, asyik nak dukung je adik dia. Sampai kadang-kadang adik dia tertidur atas bahu dia,” jelasnya lagi.
Faezah dan keluarganya akan bercuti ke Sydney, Australia selama 10 hari bermula pada 27 Mei ini dan agenda utamanya selepas balik bercuti adalah untuk mencari penganti kepada pengasuh lamanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment