Rupa-rupanya, Cinta Hati Awi Rafael adalah …
Hanez Suraya. Semua mencari siapakah sebenarnya wanita yang disembunyikan identitinya itu oleh Awi Rafael. Hanez Suraya berkata, lebih elok dia menceritakan hubungannya dengan Awi Rafael daripada terus berselindung. Lagipun, kedua-dua belah keluarga dah kenal muka masing-masing. "Bagi saya hubungan kami berjalan dengan baik dan tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan. Sebabnya kalau lagi disorok sesuatu hubungan itu, saya takut nanti orang akan menyampah. Kenapa perlu berahsia kerana lambat laun orang akan tahu juga nanti.
"Saya juga tidak gentar dengan persepsi orang tentang hubungan kami," katanya yakin.
"Kami sudah setahun menjalin hubungan yang agak intim, jadi sudah perlu memaklumkan kepada keluarga. Kami beruntung kerana keluarga saya juga merestui hubungan kami ini, sebab itu sekarang adalah masanya untuk kami berterus terang,"
Sumber
No comments:
Post a Comment