Pages

Friday, May 31, 2013

GARA-GARA TUALA WANITA SITI SALEHA DIKUTUK HEBAT DI INSTAGRAM

downloadLangkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat

yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit.
Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan.
"Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.
"Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu," katanya ketika ditemui pada pelancaran dramaMemberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.
Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.
"Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.
"Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...