Pages

Saturday, May 4, 2013

GAMBAR - Mayat Tiga Pengganas Sulu Di Temui

GAMBAR - Mayat Tiga Pengganas Sulu Di Temui Tiga rangka mayat pengganas Sulu ditemui oleh pihak pasukan keselamatan yang sedang meronda didalam kawasan semak

di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, rangka mayat itu ditemui pada jam 2.05 petang semalam ketika pasukan keselamatan membuat rondaan yang turut menyaksikan penemuan selaras senjata, beberapa butir peluru dan dokumen yang menunjukkan mereka adalah pengganas Sulu.
"Kami percaya mayat ini sama ada ditembak mati pada 6 Mac lalu atau semasa anggota keselamatan mengadakan operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.
Dengan penemuan terbaru itu, menjadikan jumlah mayat yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan sehingga kini ialah 59 mayat manakala jumlah musuh yang ditembak mati ialah 73 orang.
Hamza berkata. sehingga kini 31 orang dituduh di mahkamah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2001 (Sosma), manakala jumlah tangkapan di bawah akta yang sama ialah 184 orang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...