Selepas hampir setahun melakar kehidupan sebagai seorang isteri, ratu rock kesayangan negara, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali selamat mengerjakan ibadah umrah
di tanah suci Mekah. Dan khabarnya, Ella telah selamat kembali ke tanahair selepas lebih kurang dua minggu berada di sana.
Rombongannya turut disertai kakak dan pengurus Ella, Jojie dan ibu mereka serta beberapa lagi keluarga rapat mereka. Selain mengerjakan ibadah umrah di tanah haram itu, Ella dan keluarganya sempat berkunjung ke beberapa kota-kota Arab lain termasuk Jordan dan Palestin. Menurut laporan portal hiburan murai.com, kunjungan Ella ke tanah suci Mekah itu adalah hadiah bulan madunya dan Azhar. KepohGiler sempat meninjau akaun Instagram ratu rock negara, Ella, dan berbesar hati untuk berkongsi rakaman saat-saat manis Ella ketika menunaikan ibadahnya di tanah suci Mekah.
Ella masih kelihatan anggun dengan berjubah dan tudung. Kalau nak kekalkan imej macam ni sampai bila-bil apun okay jugak kan?
No comments:
Post a Comment