Pages

Saturday, May 18, 2013

Ekoran persaraan David Beckham: Ikon Yang Tiada Tandingan Dalam Dunia Glamor Bolasepak

beckhamBeckham turut terkenal dengan pelbagai gaya fesyen rambut.

PENGUMUMAN David Beckham untuk bersara sebagai pemain profesional pada lewat malam Khamis, 16 Mei, melengkapkan penutupan tirai tiga orang legenda Manchester United bagi musim 2012-13.

Seminggu sebelum itu, pengurus United selama 26 tahun, Sir Alex Ferguson mengumumkan langkah yang sama dan kemudian diikuti oleh rakan seangkatan Beckham, Paul Scholes.

Paul Scholes dan David Beckham bersama-sama Ryan Giggs, Nicky Butt dan Neville bersaudara iaitu Gary dan Phil telah membentuk teras utama kepada pasukan juara Ferguson bermula tahun 1992 dan tahun-tahun seterusnya.

Daripada kumpulan ini, seorang demi seorang melangkah masuk ke alam persaraan kecuali Ryan Giggs yang pada usia 40 tahun November ini masih mendaftarkan diri sebagai pemain profesional bersama United.

Beckham ketika bersama pasukan Manchester United.

Gary kini merupakan sebahagian daripada pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan England dan juga pengulas bolasepak bersama sebuah stesen televisyen terkemuka Britain.

Nicky Butt dan Paul Scholes kembali bersama kelab mereka Manchester United melatih pemain-pemain akademik bolasepak.

Phil Neville yang baru sahaja menamatkan kariernya bersama Everton ada kemungkinan akan mengikuti pengurus baru United David Moyes kembali ke kelab lamanya.

Giggs dan Ferguson pula dilihat telah bertemu Moyes minggu lalu di sebuah hotel dan ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang dia mungkin akan disenaraikan sebagai jurulatih baru pasukan bagi membantu Moyes menyesuaikan diri dalam kelab barunya itu. Untuk rekod, Giggs telah pun memperolehi lesen kejurulatihan daripada UEFA.

Kembali kepada Beckham, sehari selepas pengumumannya itu, Persatuan Bolasepak England terus mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menawarkan peranan baru kepada bekas kapten pasukan skuad kebangsaan itu atas kapasiti yang akan ditentukan nanti.

Beckham pernah menjadi 'ayam tambatan' dalam skuad England.

Beckham mempunyai satu lagi tugas yang belum selesai iaitu perlawanan terakhir liga bersama kelabnya PSG menentang Lorient hujung minggu depan.

Pemain berusia 38 tahun itu sebenarnya ditawarkan lanjutan kontrak selama semusim lagi oleh PSG tetapi pemain itu membuat keputusan untuk bersara selepas menyedari yang dia tidak dapat lagi menahan dan mengejar kepantasan Lionel Messi ketika PSG menentang Barcelona pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

Keputusan itu menamatkan karier sepanjang 21 tahun yang membawanya dari Manchester ke Real Madrid kemudian Los Angeles Amerika Syarikat, Itali dan yang terakhir sekali ke kota Paris.

Sepanjang tempoh tersebut, Beckham telah meraih pendapatan dan aset dari imbuhan, gaji, pengiklanan dan duta produk sebanyak £165 juta.

Dan yang pasti dia akan bersara dengan menjulang 19 trofi dan kejuaraan termasuklah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pemain yang menjuarai liga di empat negara yang berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

Beckham turut menjadi ikon dalam sukan bola sepak dunia.

Beckham juga mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada hanya empat pemain sahaja yang bermain lebih daripada 100 kali untuk negaranya (115 kesemuanya) dan juga menjadi satu-satunya pemain England yang menjaringkan gol di tiga perlawanan pusingan akhir Piala Dunia.

Beckham menyertai PSG pada Januari tahun ini selepas bermain selama lima tahun dengan juara Amerika, Los Angeles Galaxy.

Di sana dia menjulang kejuaraan liga sebanyak dua kali dan membantu mempopularkan bolasepak di sebuah negara yang lebih meminati besbal dan bola jaring.

Dia juga bermain untuk United selama 10 tahun dari 1992 hingga 2003 apabila hubungannya dengan Sir Alex Ferguson menjadi suram ekoran perkahwinannya dengan selebriti terkenal dari kumpulan Spice Girl, Victoria Adams.

Ferguson mengesyaki Beckham hilang tumpuan di atas padang kerana sering menyertai majlis-majlis keramaian bersama isteri selebritinya itu dan kemuncak kepada keretakan mereka apabila Ferguson menendang but salah seorang pemain dalam bilik persalinan dan but itu melayang ke kening Beckham menyebabkan luka kecil.

Beberapa bulan selepas insiden itu, Beckham dijual kepada Real Madrid pada harga £25 juta walaupun dirinya enggan berpindah dari kelab kesayangannya itu.

Dia pernah berikrar tidak akan bermain dengan mana-mana kelab Inggeris yang lain kecuali kembali bermain bersama United. Di Madrid, bermain bersama-sama bintang ternama seperti Zidane Zidane, Luis Figo, Ronaldo dan ramai lagi, Beckham turut menjulang juara liga Sepanyol. Selepas empat musim, Beckham berpindah ke LA Galaxy dan menghabiskan sebahagian besar penghujung

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...