Pages

Friday, May 3, 2013

6 Mei ini Altantuya Sepatutnya Berusia 35 tahun

470x275x298c71948d1e93726fb4efd85b68db91.gif.pagespeed.ic.GlYz1vu0RJ6 Mei iaitu sehari selepas hari mengundi semua rakyat Malaysia, adalah hari lahir wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Kalaulah Altantuya masih hidup, wanita itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.
Namun beliau bernasib malang apabila dibunuh dengan kejam dengan cara badannya diletupkan dengan bom khas, C4, berhampiran Puncak Alam, Selangor.
Hasilnya dua anggota polis pengiring kepada Perdana Menteri dipersalahkan kerana melakukan kerja itu namun mahkamah tidak pernah menjelaskan motif pembunuhan ini.
Semalam, ayah Altantuya, Shaariibuu Setev (gambar)merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya pada hari mengundi 5 Mei ini.
Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya, telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.
"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.
Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.
"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.
Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri telah bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.
Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut dan beliau mahu ianya dikeluarkan di Malaysia.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...